Friday, March 26, 2010

Fakta mengagumkan kajian sains


Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

P/s : itu antara serba sedikit info mengenai kajian oleh pakar sains diseluruh dunia.Sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari dan membaca.

"More learn more explore"


Sharing is caring..
hehe (∩▂∩)

Adakah muka anda macam ni di pagi Isnin?

Jika ingin diibaratkan riak muka kita mengikut hari, mungkin inilah sinopsis terbaik.
Hari Isnin, muka kita bukan setakat monyok semonyok-monyoknya, tapi mungkin macam gambar ini…

Hari Selasa, monyok sudah berkurangan skit…

Hari Rabu…sudah boleh tersenyum

Khamis, senyuman makin melebar

Jumaat! ah…hari penuh dengan senyuman! paling manis & paling indah~~

 Sabtu Ahad pulak…
 Hehe, mmg betul kan~!!

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

|| perihal buang angin ||

Siapa la kat sini yang tak pernah kentutkan? Semua pernah. Betul tak? Kalau tak pernah tu, mungkin urat kentut terbelit kot. Yang bawah ni adalah fakta yer..bukan auta ('',)



Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

* Makanan

* Udara yang disedut

* Jenis bakteria dalam usus

* Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.

P.S : Sebenarnya kentut merupakan antara nikmat Tuhan yang paling bes, betul tak?

|| buNzy voice || putttt..hahaha

Monday, March 22, 2010

|| perihal organ manusia ||

Tahukah anda..


Sel kulit diperbarui setiap 30 saat!

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia yang terdiri daripada 32 saraf.
  • Ia mempunyai sifat yang sangat fleksibel berdasarkan pertumbuhan dan pergerakan manusia
  • Ia bertindak sebagai pelindung yang sangat kuat.
Pada setiap 30 saat , sel kulit manusia akan melalui proses pembaharuan secara semulajadi (melalui proses disebut Mitosis )
  • Di bawah permukaan kulit manusia (Dermis), terdapat 90% air, berfungsi memberi nutrien dan mengekalkan kelembapan
  • Di bahagian luar kuli (Epidermis ) terdapat 10% air.


Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan ..mempastikan tetap kekal 37C !..
PERIHAL MATA
Tahukah anda..
Mendedahkan mata kepada cahaya matahari secar langsung tanpa sebarang pelindung yang sesuai boleh menyebabkan banyak kesan buruk.
Diantaranya adalah seperti:
  • keroskan fotokimia kepada penerima cahaya ( reseptor kon) dalam mata
  • menyebabkan lapisan sensitif (retina) terbakar
  • kerosakan saraf (optik) terbakar dan
  • kanta bertukar menjadi kabur
Kesan tersebut bukan sahaja disebabkan cahaya nampak, tetapi oleh cahaya tak nampak spt ultra ungu (UV) dan infra merah (IR).
  • Cahaya UV boleh menyebabkan penyakit spt katarak
  • Cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan tisu pada kanta mata
Kesan kerosakan mata biasanya akan dialami beberapa jam selepas pebendahan dan tahap kerosakan adalah bergantung kepada selama mana ia terdedah.

Sunday, March 21, 2010

Mitos VS Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari. 

 

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang 

 

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal. 

 

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.


Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar. 


Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru. 


Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.