Friday, April 2, 2010

Friday, March 26, 2010

Fakta mengagumkan kajian sains


Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

P/s : itu antara serba sedikit info mengenai kajian oleh pakar sains diseluruh dunia.Sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari dan membaca.

"More learn more explore"


Sharing is caring..
hehe (∩▂∩)

Adakah muka anda macam ni di pagi Isnin?

Jika ingin diibaratkan riak muka kita mengikut hari, mungkin inilah sinopsis terbaik.
Hari Isnin, muka kita bukan setakat monyok semonyok-monyoknya, tapi mungkin macam gambar ini…

Hari Selasa, monyok sudah berkurangan skit…

Hari Rabu…sudah boleh tersenyum

Khamis, senyuman makin melebar

Jumaat! ah…hari penuh dengan senyuman! paling manis & paling indah~~

 Sabtu Ahad pulak…
 Hehe, mmg betul kan~!!

Thursday, March 25, 2010

Wednesday, March 24, 2010

|| perihal buang angin ||

Siapa la kat sini yang tak pernah kentutkan? Semua pernah. Betul tak? Kalau tak pernah tu, mungkin urat kentut terbelit kot. Yang bawah ni adalah fakta yer..bukan auta ('',)



Secara purata, lelaki mengeluarkan kentut sebanyak 1.5-2.5 liter sehari manakala wanita sebanyak 1-1.5 liter sehari, dalam julat 5-20 kali sehari. Ini bergantung kepada individu dan makanan yang diambilnya.

Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.

Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:

* Makanan

* Udara yang disedut

* Jenis bakteria dalam usus

* Tempoh masa kentut ditahan keluar

Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen

Kenapa kentut berbau?

Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.

Kenapa kentut berbunyi?

Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kauntiti gas yang akan keluar.

P.S : Sebenarnya kentut merupakan antara nikmat Tuhan yang paling bes, betul tak?

|| buNzy voice || putttt..hahaha

Monday, March 22, 2010

|| perihal organ manusia ||

Tahukah anda..


Sel kulit diperbarui setiap 30 saat!

Kulit merupakan organ terbesar dalam tubuh manusia yang terdiri daripada 32 saraf.
  • Ia mempunyai sifat yang sangat fleksibel berdasarkan pertumbuhan dan pergerakan manusia
  • Ia bertindak sebagai pelindung yang sangat kuat.
Pada setiap 30 saat , sel kulit manusia akan melalui proses pembaharuan secara semulajadi (melalui proses disebut Mitosis )
  • Di bawah permukaan kulit manusia (Dermis), terdapat 90% air, berfungsi memberi nutrien dan mengekalkan kelembapan
  • Di bahagian luar kuli (Epidermis ) terdapat 10% air.


Kulit juga berfungsi mengawal suhu badan ..mempastikan tetap kekal 37C !..
PERIHAL MATA
Tahukah anda..
Mendedahkan mata kepada cahaya matahari secar langsung tanpa sebarang pelindung yang sesuai boleh menyebabkan banyak kesan buruk.
Diantaranya adalah seperti:
  • keroskan fotokimia kepada penerima cahaya ( reseptor kon) dalam mata
  • menyebabkan lapisan sensitif (retina) terbakar
  • kerosakan saraf (optik) terbakar dan
  • kanta bertukar menjadi kabur
Kesan tersebut bukan sahaja disebabkan cahaya nampak, tetapi oleh cahaya tak nampak spt ultra ungu (UV) dan infra merah (IR).
  • Cahaya UV boleh menyebabkan penyakit spt katarak
  • Cahaya IR boleh menyebabkan kerosakan tisu pada kanta mata
Kesan kerosakan mata biasanya akan dialami beberapa jam selepas pebendahan dan tahap kerosakan adalah bergantung kepada selama mana ia terdedah.

Sunday, March 21, 2010

Mitos VS Fakta tentang gigi

Ada banyak mitos-mitos yang berkaitan dengan gigi yang pernah saya dengar..kadang kala ianya berlaku secara kebetulan dan orang akan menyangka ianya satu penyebab. Kadangkala pula ia diketahui dari orang-orang tua. Adakah semuanya mitos atau sememangnya benar? Kita ikuti satu persatu.

Mitos: Cabut gigi atas akan menyebabkan rabun
Fakta : Pencabutan gigi atas tak kira gigi hadapan atau belakang tidak akan menyebabkan rabun kepada mata. Kita boleh melihat apabila cahaya yang masuk ke dalam mata terus fokus pada lapisan retina. Kita menjadi rabun kerana cahaya itu masuk dan fokus di hadapan atau belakang lapisan retina. Kebanyakkan rabun adalah bersifat keturunan. Cabut gigi atas memang tidak akan menyebabkan rabun, jika ianya terjadi, ia hanyalah kebetulan sahaja.

Mitos: Pencucian ( scaling ) gigi yang kerap menyebabkan gigi nipis

Fakta: Alat yang digunakan utk mencuci gigi tidaklah bersifat tajam. Ianya bergetar untuk menanggalkan karang gigi yang keras seperti simen dan melekat pada gigi. Jadi pencucian yang kerap iaitu 6 bulan sekali tidak akan menipiskan gigi. Gigi boleh terhakis jika di berus dengan berus yang keras dan juga jika berus dengan kuat setiap hari. 

 

Mitos:Pencucian gigi yang kerap menyebabkan gigi makin goyang
Fakta: Gigi bergoyang disebabkan tulang yang memegang gigi telah berkurangan. Ini berpunca daripada karang gigi yang melekat pada gigi. Lama kelamaan karang gigi itu sangat tebal dan memegang keseluruhan gigi-gigi yang bergoyang menyebabkan gigi-gigi tersebut nampak seperti tidak bergoyang. Jadi bila karang gigi itu dibersihkan, maka gigi terasa seperti lebih bergoyang. Jika selalu cuci gigi, maka karang itu susah nak terjadi dan tulang akan sihat seterusnya gigi tak bergoyang 

 

Mitos : Jika tak cabut gigi susu sebelum gigi kekal tumbuh, gigi anak akan tak tersusun
Fakta: Gigi susu yang goyang menandakan gigi kekal sudah semakin hampir ke permukaan dan juga akar gigi susu tadi telah dihakis oleh gigi kekal. Ianya boleh tercabut sendiri ataupun dicabut oleh dr gigi apabila masa utk gigi tu tanggal telah tiba. Jika dicabut terlalu awal, ia boleh menyebabkan gigi kekal nanti tak tersusun kerana ruang yang sepatutnya utk gigi kekal itu tumbuh sudah semakin kecil disebabkan gigi lain bergerak ke ruangan itu. Gigi yang tak tersusun biasanya disebabkan oleh keturunan ( rahang kecil, gigi besar) dan juga kerana gigi dicabut terlalu awal. 

 

Mitos: Jika gigi susu rosak, elok dicabut sahaja kerana akan diganti oleh gigi kekal
Fakta:
Gigi susu sama sahaja fungsinya dengan gigi kekal iaitu untuk mengunyah makanan. Ianya sama penting dengan gigi kekal untuk memastikan tubuh badan mendapat nutrisi sepenuhnya untuk tumbesaran. Jika dicabut, beberapa masalah akan timbul. Pertama, susah nak makan kerana sudah tiada gigi. Kedua, gigi kekal akan lambat tumbuh kerana lagi lambat menembusi gusi berbanding jalan yang telah dibuat oleh akar gigi susu. Ketiga, akan menyebabkan gigi kekal tidak terusun.


Mitos: doktor gigi suka membuat lubang kecil pada gigi jadi besar
Fakta:
Lubang pada gigi kadangkala nampak kecil sahaja tetapi di dalamnya sudah kosong. Bila doktor gigi membersihkan semua bahagian yang rosak, maka nampaklah lubang itu semakin besar. 


Mitos: Gigi palsu lagi senang dipakai dan tahan lama
Fakta:
Gigi palsu tidak akan tahan selama-lamanya kerana lama kelamaan tulang dan gusi akan mengecil, jadi gigi palsu akan menjadi semakin longgar dan perlu di ganti dengan yang baru. 


Mitos: Tidak boleh buat rawatan pergigian jika mengandung
Fakta:
Rawatan pergigian seperti cuci, tampal boleh dibuat pada bila2 masa saja termasuklah semasa mengandung. Rawatan yang memerlukan pesakit duduk terlalu lama atau rawatan yang susah seperti cabutan secara pembedahan, rawatan saraf eloklah di elakkan semasa mengandung di 3 bulan pertama dan 3 bulan terakhir.

Sunday, February 21, 2010

Manfaat Bercouple....

Manfaat bercouple

1) Seronok (dapat fitnah)
2) Seronok (dapat dosa)
3) Seronok (dapat geng dgn syaitan)
4) Dapat luahkan segala masalah(ALLAH kan ada)

5) Banyak habis duit (lebih baik guna utk bersedekah)

6) Banyak risau (takut awek orang lain kebas.... berapa kali dah miss sembahyang pasal dok asyik berdating tak risau)

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek... kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yg boleh datang bila-bila masa)

8) Lebih mengutamakan awek drp orang lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.... lain dah tak kisah).

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati...... sembahyang fardu lewat tak takut pulak)

10)Lain2 lagi yang memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drp saham PAHALA

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yang menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drp pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak.

2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..... Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukanya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung.... so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le.

Friday, February 19, 2010

Andainya perempuan tahu... ... ...

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yg tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh seorang wanita.

Lelaki boleh menerima penolakan dgn baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya utk menambat hati wanita...

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dgn situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau
kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dgn lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya
ada seorang teman wanita yg istimewa... yang lain hanya kawan..

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari... maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja... .Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Thursday, February 18, 2010

Weird Facts

Butterflies taste with their feet.

 A duck's quack doesn't echo, and no one knows why.

 In 10 minutes, a hurricane releases more energy than
all the world's nuclear weapons combined. 

Elephants are the only animals that can't jump.
It's possible to lead a cow upstairs...but not downstairs.



Women blink nearly twice as much as men.

All polar bears are left handed.

TYPEWRITER is the longest word that can be made using the
letters only on one row of the keyboard.


Did you know that Giraffes have very long tongue that it can reach their ears and clean it? True…its about 45cm/18in long.

A crocodile cannot stick its tongue out.

Wednesday, February 17, 2010

Rahsia Ladies


Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
________________________________________
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
________________________________________

Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
_______________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!

Saturday, February 13, 2010

Manusia terpantas di dunia

Siapa manusia terpantas di dunia? Kalau anda jawab Usain Bolt, tidak salah.100 meter dialah yang terpantas di muka bumi. Buat masa sekarang pesaing-pesaingnya umpama jogging dan selalu tertinggal jauh di belakangnya. Tapi gelaran terpantas di dunia bukan saja milik Usain Bolt. Beberapa orang juga mencatatkan dirinya sebagai yang tercepat di dunia juga.

Manusia terpantas di dunia (litar 100m)
 

Usain Bolt, pelari berasal Jamaica, merupakan pemegang rekod manusia terpantas di dunia di litar balapan 100 meter (dan 200 meter). Di litar 100 meter di Kejuaraan Dunia Athletic di Berlin Ogos 2009 baru-baru ini Bolt memecahkan rekod atas namanya sendiri dengan waktu 9,58 saat. Catatan waktu ini lebih cepat 0,11 saat dari rekod lamanya yang dicatat tahun lalu di olimpik Beijing.


Petembak Terpantas di Dunia - Revolver 5 Tembakan dalam 0,57 Saat
Boleh jadi inilah koboi paling gila di barat. Jerry Miculek adalah seorang pelatih tembak laju yang berpengalaman dengan semua jenis senjata api. Dia tercatat sebagai petembak revolver paling laju di dunia dalam masa 0,57 saat. Buat masa sekarang ini, Miculek memegang 5 rekod dunia dalam pertandingan menembak revolver. Isterinya Kay Clark Miculek juga adalah seorang petembak dan merupakan juara nasional dan menjuarai beberapa kejuaraan dunia. Lihat video YouTube aksinya di bawah ini:

 

Tangan Terpantas di Dunia - 6,21 Saat

Steven Purugganan adalah pemegang rekod dunia menyusun dan memindahkan gelas dalam masa 6,21 saat yang menunjukkan betapa cepatnya tangannya. Lihat video luar biasa dari seorang budak berumur 10 tahun di bawah ini: 
 


Penyusun Kubus Rubic Terpantas - 12,34 Saat
Peyusun kubus Rubik terpantas di dunia adalah "Macky" Makisumi. Dia adalah juara dalam beberapa pertandingan rekod dunia speedcubing. Rekodnya di 2x2x2 Speedsolve adalah 2,82 saat dan di 3x3x3 dalam 12,11 saat! Perhatikan video di bwah ini:

 

Kerani Terpantas di Dunia - 100 Stamps dalam 20Saat
 

Membuka Penutup Botol Terpantas- 300 Botol dalam 1 Minit 47 Saat
 
Waktu terpantas membuka 300 penutup botol bir dilakukan satu team yang terdiri dari 3 orang dengan masa 1 minit 47 saat. Team ini diketuai oleh Alois Unertl. Untuk gaya relay, setiap ahli kumpulan membuka 100 botol, dan setelah selesai ahli berikutnya mula membuka penutup botol lain. 

 


Pelempar Pisau Terpantas - 3 Pisau dalam 0,97 Saat



Terpantas di Dunia untuk Bertepuk Tangan - 14 Tepuk Tangan per Saat
Kent French, mempunyai teknik sendiri untuk bertepuk tangan dengan menggabungkan gaya uniknya sendiri dengan tangkas dan daya tahan. Dia mencatat rekod tepuk tangan terbanyak dalam satu minit - sebanyak 721 kali tepuk tangan! takde keje betul..~



Reload Senjata Terpantas
 

Penyeluk Saku Terpantas di Dunia 
Bob Arno sering tampil di acara-acara television Amerika untuk ketangkasannya itu. Di acara Late Night with David Letterman (Desember 1983) dia mencuri wallet dan jam kesayangan Letterman . Pernah juga tampil di Just for Laugh-nya HBO tahun 1989 dan beberapa kali di acara 20/20 di stesyen ABC..